Isnin, 18 Oktober 2010

Lindungi Anak Kita Daripada Denggi

Langkah Pencegahan

  • Lindungi anak kita daripada  gigitan nyamuk, ketahui  tabiat pemakanan nyamuk .  Gunakan bahan penghindar nyamuk  apabila perlu.  Pakai pakaian yang menutupi keseluruhan badan bagi melindungi daripada gigitan nyuamuk.  Pasangkan jaring atau skrin pada tingkap untuk mencegah nyamuk dari memasuki rumah. 
  • Elak dari melawat atau berkunjung ke kawasan berisiko tinggi pada siang hari, cara terbaik, elak dari bertandang ke kawasan berisiko iaitu awal pagi dan awal senja. 
  • Musnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk, seperti dalam tayar buruk dan bekas menyimpan air.  Tukar air pasu bunga dan bekas air minuman haiwan peliharaan .  Tutup rapat-rapat semua bakas air seperti baldi,  dan tong-tong atau masukkan ubat pembunuh jentik-jentik ke dalamnya.  Salin air dalam jambangan bunga setiap minggu, periksa saluran air hujan dan buang daun-daun kayu atau sampah sarap lain yang menyekat aliran air.  Bersihkan persekitaran rumah, buang semua bekas kosong seperti tin-tin dan masukkan dalam tong sampah.
  • Hapuskan nyamuk Aedes dewasa, gunakan penyembur serangga bagi membunuh nyamuk aedes dewasa dalam rumah.  Untuk lebih berkesan semburan perlulah dilakukan ke seluruh bahagian dalam rumah.  Gunakan ubat nyamuk untuk mengelakkan  diri dan keluarga dari digigit nyamuk.

Jumaat, 15 Oktober 2010

Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)

Pemulihan Dalam Komuniti  PDK Sri Cahaya
Daerah Kota Tinggi, Johor

Sekitar majlis hari raya tahun 2010/1431di rumah Penyelia PDK, Puan Rosnah Hashim

Bacaan doa..
Ni pelatih PDK..inilah Amir....
Ni pun pelatih gak..sebelahnya Cikgu Izan
Lihat tu ramainye..pelatih....
Antara pegawai JKM yang hadir










Khamis, 14 Oktober 2010

Anak Talasemia


Apakah yang dimaksudkan dengan talasemia?  

  • Talasemia ialah sejenis penyakit baka yang melibatkan sel darah merah.  Sel darah merah pesekit talasemia mudah pecah menyebabkan pesakit mengalami kekurangan darah.  
  • Ia adalah penyakit keturunan yang mana paling kerap ditemui di negara ini dengan  5 dari 100 orang menjadi pembawa penyakit talasemia, tetapi penyakit ini bukanlah penyakit berjangkit seperti demam, batuk atau selesema.  
  • Talasemia merupakan penyakit keturunan yang diwarisi daripada ibu bapa kepada anak-anak melalui baka.
  • Perkataan talasemia berasal dari perkataan 'Greek' yang bermaksud anemia.  Penyakit ini dikenalpasti pada  tahun 1925 setelah berabad-abad lamanya sehingga banyak mengorbankan nyawa kanak-kanak.  
  • Seorang pakar pediatrik Dr. Thomas Cooley telah mengenalpasti mengenai penyakit talasemia ini.  Ia kemudian dikenali sebagai Anemia Cooley.  Penyakit ini, juga terdapat di Asia Barat, India dan Asia Tenggara.

Jenis Talasemia 

Terbahagi kepada 3 jenis iaitu :
  • Talasemia major, ini yang paling serius, juga dikenali sebagai 'Cooley's Anemia' sempena nama doktor yang pertama menjumpai panyakit ini pada tahun 1925. Pesakit Talasemia major memerlukan pemindahan darah setiap bulan dan ubat-ubatan untuk membuang zat besi yang berlebihan. 
  • Talasemia intermediate, 'Cooley's Anemia' yang sederhana.  Pesakit golongan ini  tidak mempunyai gejala talasemia tetapi mungkin memerlukan pemindahan darah semasa hamil (bagi wanita), jangkitan yang serius dan sebagainya.   
  • Talasemia minor, tidak mempunyai gejala talasemia tetapi terdapat perubahan dalam darah.  Mereka ini sihat, dan boleh menjalani kehidupan normal  tetapi boleh menjadi pembawa atau punca masalah.
Punca
  • Semua jenis talasemia berpunca daripada keturunan.  Ia diwarisi daripada ibu atau bapa atau kedua-duanya sekali yang membawa gen talasemia dalam sel darah mereka. 
  • Ia tidak boleh dijangkiti daripada kanak-kanak lain yang menghidapnya. 
  • Seorang pembawa mempunyai satu gen normal dan satu gen talasemia dalam semua sel tubuh.  Kebanyakan pembawa dapat hidup normal dan sihat.  
  • Talasemia merupakan sejenis penyakit darah yang diwarisi disebabkan ketidakupayaan tubuh menghasilkan hemoglobin.  
  • Hemoglobin merupakan sejenis protein yang terdapat dalam sel-sel darah merah yang membawa oksigen dan zat makanan ke seluruh tubuh.  
  • Apabila ibu dan bapa pembawa talasemia berkahwin, anak mereka mempunyai risiko mewarisi talasemia sebanyak 25%.
Kesan kepada anak
  • Kebanyakan kanak-kanak pengidap talasemia major lahir dengan sihat tetapi pada tahun pertama atau kedua mereka mula menunjukkan tanda pucat dan keletihan.  
  • Ada juga kanak-kanak hanya menunjukkan gejala ini seawal usia 6 bulan.  Selera makan juga turut berkurangan dan perut kelihatan bengkak disebabkan pembesaran hati dan limpa.  
  • Pembesaaran tubuh anak agak perlahan berbanding kanak-kanak normal  lain dan sering mengalami jaundis.  
  • Tanpa rawatan awal, tulang mula menjadi nipis dan rapuh.  Permukaan tulang berubah. Penyakit jantung menjadi punca utama kematian dikalangan kanak-kanak talasemia yang tidak dirawat.  
  • Pesakit talasemia memerlukan darah dan antibiotik bagi mengatasi masalah kekurangan darah merah yang dialami.  Pemindahan darah perlu dilakukan sekurang-kurang 3 hingga 4 minggu sekali dengan tujuan untuk mengekalkan tahap hemoglobin paling normal. 
  • Rawatan awal penting bagi membantu perkembangan anak dan biasanya mencegah  kerosakan tulang.   Bagi mengatasi masalah ini sejenis ubat yang dikenali sebagai desferal digunakan oleh pesakit.  Hampir 30% pesakit talasemia menggunakan ubat ini dan dapat hidup normal dengan kedua-dua rawatan, jika tidak anak yang sudah besar perlu melakukan pembedahan membuang limpa yang gagal berfungsi.  
  • Penyakit ini boleh meninggalkan trauma bukan saja kepada pengidap, malah kepada seluruh keluarga.  Ini kerana anak atau bayi yang didiagnos seawal usia 3 bulan terpaksa menanggung kesakitan dan menjalani pemindahan darah untuk terus hidup, malah semangat kanak-kanak talasemia ini agak luntur disebabkan  sebahagian besar kehidupan mereka dihabiskan di hospital.
  • Pemindahan darah, suntikan ubatan untuk mengeluarkan zat besi antara trauma dan pengalaman pahit yang terpaksa ditempuhi oleh kanak-kanak talasemia ini. 
Pencegahan
  • Talasemia tidak boleh dicegah tetapi program pendidikkan kesihatan, ujian darah, kaunseling genetik dan diagnosis pranatal mampu menyediakan keluarga dengan maklumat perubatan sepenuhnya.
  • Sekiranya mereka mempunyai atau merasakan pembawa talasemia segeralah berjumpa pakar genetik untuk mendapatkan maklumat dan membuat ujian bagi memastikan kesahihannya. 
  • Anak talasemia perlu sokongan dan bantuan. Berikan mereka kebebasan bermain dan bersosial dengan rakan-rakan kerana penyakit ini tidak akan berjangkit.  

Sabtu, 9 Oktober 2010

Ciri-ciri Kanak-kanak Yang Ada Masalah Pembelajaran

  • Sukar memahami dan mengikut arahan
  • Sukar mengingat sesuatu walaupun diberitahu berulang kali
  • Tidak suka mengeja, menulis, membaca atau mengira
  • Sukar membezakan antara kiri dan kanan.
  • Tiada koordinasi ketika berjalan , bersukan atau aktiviti mudah seperti mengikat tali kasut atau memegang pensil.
  • Selalu kehilangan barang (kerana terlupa di mana ia letakkan)
  • Tidak faham konsep masa seperti semalam, hari ini esok atau sekejap lagi
  • Tidak dapat memahami ayat panjang
  • Lambat bercakap dan percakapan tidak jelas
  • Sukar mengingat huruf, angka, hari, warna dan bentuk
  • Mudah terganggu dan resah, kadangkala memberontak
  • Emosi tidak menentu

Rabu, 6 Oktober 2010

Penjagaan Anak Istimewa (Masalah Pembelajaran)

  • Sememangnya menjaga anak istimewa banyak halangannya tetapi mereka boleh diajar, walaupun perkembangannya sangat perlahan dan mengambil masa panjang.  
  • Ramai ibu bapa berputus asa dan menganggap anak seperti ini tiada harapan, tetapi mereka sebenarnya boleh belajar, sekurang-kurangnya menguruskan diri sendiri.  
  • Sesetengah ibu bapa bersikap sebaliknya dengan terlalu memanjakan anak sehingga menyuapkan makanan, walaupun anak sudah remaja,  alasan yang diberikan adalah sayang, kasihan dan tidak sampai hati melihat anak terkial-kial melakukan sesuatu termasuk semasa makan.
  • Manakala pembantu rumah pula tidak sabar hendak menunggu si anak menghabiskan tugas atau perkara yang sepatutnya diuruskan sediri.  
  • Kelahiran anak istimewa sememangnya memberi cabaran besar kepada pasangan suami isteri.  Bukan sedikit pasangan bercerai kerana kehadiran anak sebegini.  
  • Lazimnya suami akan menyalahkan isteri yang disifatkan mempunyai baka 'tidak baik' sehingga melahirkan anak kurang sempurna.  Begitu sebaliknya bagi si isteri.  
  • Keadaan bertambah buruk dengan campur tangan pihak keluarga sama ada ibu atau bapa mertua.  Jika terjadi perceraian, kebiasaanya anak istimewa ini diletakkan di bawah jagaan datuk dan nenek disebabkan ibu atau bapa anak ini terpaksa bekerja untuk menanggung keluarga.
  • Sebenarnya bukanlah satu tindakan bijak apabila anda yang begelar nenek harus memikul tanggugjawab ini.  Hal ini kerana nenek atau datuk anak mempunyai kecenderungan lebih tinggi memanjakan si cucu itu. 
  • Perkara utama yang harus ibu dan bapa jadikan asas sebelum memikul tanggung jawab ini ialah keyakinan. 
  • Yakinlah bahawa apa-apa jua pun sama ada anak kita istimewa sama ada sindrom down, hiperaktif, terencat akal, autisme, gangguan obsesif kompulsif (melakukan sesuatu berulang kali) gangguan dwi kutub (bipolar), namun mereka boleh lagi diasuh untuk berdikari.
  • Sekiranya kita dapati anak mengalami masalah segera dapatkan bantuan pakar perubatan untuk pengesahan.  Biasanya pakar akan mengesyorkan kaedah yang sesuai mengikut tahap mentalnya, dalam masa yang sama dapatkan guru pendidikan khas yang boleh membantu.
  • Sekiranya kita telah menghantar anak ke sekolah pendidikan khas, jangan mengharapkan sesuatu perubahan yang drastik atau membuat perbandingan dengan kanak-kanak bermasalah yang lain kerana tahap penerimaan dan perkembangan setiap kanak-kanak berbeza.  
  • Kadangkala untuk mengajar seseorang kanak-kanak melakukan sendiri perkara yang selalunya dilakukan oleh kita sendiri mengambil masa beberapa lama.  
  • Ada masanya kita sendiri tidak tahu hendak mendapatkan maklumat atau bantuan.  Segeralah berjumpa doktor yang berhampiran untuk mendapatkan pandangan.  Lagi cepat mereka diberi pendidikan khas lagi baik.  
  • Menjaga anak istimewa memerlukan kesabaran yang berlipat ganda kerana mereka mempunyai 'perangai ekstrem' tersendiri seperti tidak sabar, memberontak, cepat menangis dan mengamuk.  
  • Selain menghantar ke pusat pendidikan khas kita perlu kreatif untuk mengasuh anak istimewa ini kerana keupayaan mental mereka agak terhad.  Didiklah dengan penuh kasih sayang, sabar dan teliti tetapi jangan terlalu dimanjakan.  Ajar perlahan-lahan dan ulang setiap hari.  Elak marah atau pukul  mereka kerana ia memburukkan keadaan dan menghilangkan keyakinan diri mereka.  
  • Kebolehan mereka menguruskan diri sendiri tanpa bantuan adalah pencapaian besar pada mereka sebagai anak istimewa.