Apakah yang dimaksudkan dengan talasemia?
- Talasemia ialah sejenis penyakit baka yang melibatkan sel darah merah. Sel darah merah pesekit talasemia mudah pecah menyebabkan pesakit mengalami kekurangan darah.
- Ia adalah penyakit keturunan yang mana paling kerap ditemui di negara ini dengan 5 dari 100 orang menjadi pembawa penyakit talasemia, tetapi penyakit ini bukanlah penyakit berjangkit seperti demam, batuk atau selesema.
- Talasemia merupakan penyakit keturunan yang diwarisi daripada ibu bapa kepada anak-anak melalui baka.
- Perkataan talasemia berasal dari perkataan 'Greek' yang bermaksud anemia. Penyakit ini dikenalpasti pada tahun 1925 setelah berabad-abad lamanya sehingga banyak mengorbankan nyawa kanak-kanak.
- Seorang pakar pediatrik Dr. Thomas Cooley telah mengenalpasti mengenai penyakit talasemia ini. Ia kemudian dikenali sebagai Anemia Cooley. Penyakit ini, juga terdapat di Asia Barat, India dan Asia Tenggara.
Jenis Talasemia
Terbahagi kepada 3 jenis iaitu :
- Talasemia major, ini yang paling serius, juga dikenali sebagai 'Cooley's Anemia' sempena nama doktor yang pertama menjumpai panyakit ini pada tahun 1925. Pesakit Talasemia major memerlukan pemindahan darah setiap bulan dan ubat-ubatan untuk membuang zat besi yang berlebihan.
- Talasemia intermediate, 'Cooley's Anemia' yang sederhana. Pesakit golongan ini tidak mempunyai gejala talasemia tetapi mungkin memerlukan pemindahan darah semasa hamil (bagi wanita), jangkitan yang serius dan sebagainya.
- Talasemia minor, tidak mempunyai gejala talasemia tetapi terdapat perubahan dalam darah. Mereka ini sihat, dan boleh menjalani kehidupan normal tetapi boleh menjadi pembawa atau punca masalah.
- Semua jenis talasemia berpunca daripada keturunan. Ia diwarisi daripada ibu atau bapa atau kedua-duanya sekali yang membawa gen talasemia dalam sel darah mereka.
- Ia tidak boleh dijangkiti daripada kanak-kanak lain yang menghidapnya.
- Seorang pembawa mempunyai satu gen normal dan satu gen talasemia dalam semua sel tubuh. Kebanyakan pembawa dapat hidup normal dan sihat.
- Talasemia merupakan sejenis penyakit darah yang diwarisi disebabkan ketidakupayaan tubuh menghasilkan hemoglobin.
- Hemoglobin merupakan sejenis protein yang terdapat dalam sel-sel darah merah yang membawa oksigen dan zat makanan ke seluruh tubuh.
- Apabila ibu dan bapa pembawa talasemia berkahwin, anak mereka mempunyai risiko mewarisi talasemia sebanyak 25%.
- Kebanyakan kanak-kanak pengidap talasemia major lahir dengan sihat tetapi pada tahun pertama atau kedua mereka mula menunjukkan tanda pucat dan keletihan.
- Ada juga kanak-kanak hanya menunjukkan gejala ini seawal usia 6 bulan. Selera makan juga turut berkurangan dan perut kelihatan bengkak disebabkan pembesaran hati dan limpa.
- Pembesaaran tubuh anak agak perlahan berbanding kanak-kanak normal lain dan sering mengalami jaundis.
- Tanpa rawatan awal, tulang mula menjadi nipis dan rapuh. Permukaan tulang berubah. Penyakit jantung menjadi punca utama kematian dikalangan kanak-kanak talasemia yang tidak dirawat.
- Pesakit talasemia memerlukan darah dan antibiotik bagi mengatasi masalah kekurangan darah merah yang dialami. Pemindahan darah perlu dilakukan sekurang-kurang 3 hingga 4 minggu sekali dengan tujuan untuk mengekalkan tahap hemoglobin paling normal.
- Rawatan awal penting bagi membantu perkembangan anak dan biasanya mencegah kerosakan tulang. Bagi mengatasi masalah ini sejenis ubat yang dikenali sebagai desferal digunakan oleh pesakit. Hampir 30% pesakit talasemia menggunakan ubat ini dan dapat hidup normal dengan kedua-dua rawatan, jika tidak anak yang sudah besar perlu melakukan pembedahan membuang limpa yang gagal berfungsi.
- Penyakit ini boleh meninggalkan trauma bukan saja kepada pengidap, malah kepada seluruh keluarga. Ini kerana anak atau bayi yang didiagnos seawal usia 3 bulan terpaksa menanggung kesakitan dan menjalani pemindahan darah untuk terus hidup, malah semangat kanak-kanak talasemia ini agak luntur disebabkan sebahagian besar kehidupan mereka dihabiskan di hospital.
- Pemindahan darah, suntikan ubatan untuk mengeluarkan zat besi antara trauma dan pengalaman pahit yang terpaksa ditempuhi oleh kanak-kanak talasemia ini.
- Talasemia tidak boleh dicegah tetapi program pendidikkan kesihatan, ujian darah, kaunseling genetik dan diagnosis pranatal mampu menyediakan keluarga dengan maklumat perubatan sepenuhnya.
- Sekiranya mereka mempunyai atau merasakan pembawa talasemia segeralah berjumpa pakar genetik untuk mendapatkan maklumat dan membuat ujian bagi memastikan kesahihannya.
- Anak talasemia perlu sokongan dan bantuan. Berikan mereka kebebasan bermain dan bersosial dengan rakan-rakan kerana penyakit ini tidak akan berjangkit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan