- Sememangnya menjaga anak istimewa banyak halangannya tetapi mereka boleh diajar, walaupun perkembangannya sangat perlahan dan mengambil masa panjang.
- Ramai ibu bapa berputus asa dan menganggap anak seperti ini tiada harapan, tetapi mereka sebenarnya boleh belajar, sekurang-kurangnya menguruskan diri sendiri.
- Sesetengah ibu bapa bersikap sebaliknya dengan terlalu memanjakan anak sehingga menyuapkan makanan, walaupun anak sudah remaja, alasan yang diberikan adalah sayang, kasihan dan tidak sampai hati melihat anak terkial-kial melakukan sesuatu termasuk semasa makan.
- Manakala pembantu rumah pula tidak sabar hendak menunggu si anak menghabiskan tugas atau perkara yang sepatutnya diuruskan sediri.
- Kelahiran anak istimewa sememangnya memberi cabaran besar kepada pasangan suami isteri. Bukan sedikit pasangan bercerai kerana kehadiran anak sebegini.
- Lazimnya suami akan menyalahkan isteri yang disifatkan mempunyai baka 'tidak baik' sehingga melahirkan anak kurang sempurna. Begitu sebaliknya bagi si isteri.
- Keadaan bertambah buruk dengan campur tangan pihak keluarga sama ada ibu atau bapa mertua. Jika terjadi perceraian, kebiasaanya anak istimewa ini diletakkan di bawah jagaan datuk dan nenek disebabkan ibu atau bapa anak ini terpaksa bekerja untuk menanggung keluarga.
- Sebenarnya bukanlah satu tindakan bijak apabila anda yang begelar nenek harus memikul tanggugjawab ini. Hal ini kerana nenek atau datuk anak mempunyai kecenderungan lebih tinggi memanjakan si cucu itu.
- Perkara utama yang harus ibu dan bapa jadikan asas sebelum memikul tanggung jawab ini ialah keyakinan.
- Yakinlah bahawa apa-apa jua pun sama ada anak kita istimewa sama ada sindrom down, hiperaktif, terencat akal, autisme, gangguan obsesif kompulsif (melakukan sesuatu berulang kali) gangguan dwi kutub (bipolar), namun mereka boleh lagi diasuh untuk berdikari.
- Sekiranya kita dapati anak mengalami masalah segera dapatkan bantuan pakar perubatan untuk pengesahan. Biasanya pakar akan mengesyorkan kaedah yang sesuai mengikut tahap mentalnya, dalam masa yang sama dapatkan guru pendidikan khas yang boleh membantu.
- Sekiranya kita telah menghantar anak ke sekolah pendidikan khas, jangan mengharapkan sesuatu perubahan yang drastik atau membuat perbandingan dengan kanak-kanak bermasalah yang lain kerana tahap penerimaan dan perkembangan setiap kanak-kanak berbeza.
- Kadangkala untuk mengajar seseorang kanak-kanak melakukan sendiri perkara yang selalunya dilakukan oleh kita sendiri mengambil masa beberapa lama.
- Ada masanya kita sendiri tidak tahu hendak mendapatkan maklumat atau bantuan. Segeralah berjumpa doktor yang berhampiran untuk mendapatkan pandangan. Lagi cepat mereka diberi pendidikan khas lagi baik.
- Menjaga anak istimewa memerlukan kesabaran yang berlipat ganda kerana mereka mempunyai 'perangai ekstrem' tersendiri seperti tidak sabar, memberontak, cepat menangis dan mengamuk.
- Selain menghantar ke pusat pendidikan khas kita perlu kreatif untuk mengasuh anak istimewa ini kerana keupayaan mental mereka agak terhad. Didiklah dengan penuh kasih sayang, sabar dan teliti tetapi jangan terlalu dimanjakan. Ajar perlahan-lahan dan ulang setiap hari. Elak marah atau pukul mereka kerana ia memburukkan keadaan dan menghilangkan keyakinan diri mereka.
- Kebolehan mereka menguruskan diri sendiri tanpa bantuan adalah pencapaian besar pada mereka sebagai anak istimewa.
Rabu, 6 Oktober 2010
Penjagaan Anak Istimewa (Masalah Pembelajaran)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan