Langkah Pencegahan
- Lindungi anak kita daripada gigitan nyamuk, ketahui tabiat pemakanan nyamuk . Gunakan bahan penghindar nyamuk apabila perlu. Pakai pakaian yang menutupi keseluruhan badan bagi melindungi daripada gigitan nyuamuk. Pasangkan jaring atau skrin pada tingkap untuk mencegah nyamuk dari memasuki rumah.
- Elak dari melawat atau berkunjung ke kawasan berisiko tinggi pada siang hari, cara terbaik, elak dari bertandang ke kawasan berisiko iaitu awal pagi dan awal senja.
- Musnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk, seperti dalam tayar buruk dan bekas menyimpan air. Tukar air pasu bunga dan bekas air minuman haiwan peliharaan . Tutup rapat-rapat semua bakas air seperti baldi, dan tong-tong atau masukkan ubat pembunuh jentik-jentik ke dalamnya. Salin air dalam jambangan bunga setiap minggu, periksa saluran air hujan dan buang daun-daun kayu atau sampah sarap lain yang menyekat aliran air. Bersihkan persekitaran rumah, buang semua bekas kosong seperti tin-tin dan masukkan dalam tong sampah.
- Hapuskan nyamuk Aedes dewasa, gunakan penyembur serangga bagi membunuh nyamuk aedes dewasa dalam rumah. Untuk lebih berkesan semburan perlulah dilakukan ke seluruh bahagian dalam rumah. Gunakan ubat nyamuk untuk mengelakkan diri dan keluarga dari digigit nyamuk.